Monday, October 4, 2010

Serbu Mereka

Lepas nafsu tepi hutan

Oleh D J Dolasoh
am@hmetro.com.my
2010/10/04 
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GERIK: Dua lelaki dan seorang gadis sanggup membina khemah yang dilengkapi tilam di bawah
rimbunan perdu pokok buluh di tepi hutan sebagai tempat melampiaskan nafsu.
Mereka yang berusia 21 tahun itu dikatakan mendirikan khemah berkenaan sebelum Ramadan lalu
apabila banyak kondom baru dan lama ditemui bertaburan di sekitarnya.
Tinjauan Harian Metro mendapati, lokasi maksiat itu hanya kira-kira 100 meter dari rumah seorang
penduduk di Simpang Perah, Kampung Kuala Rui, di sini.

Mereka meninggalkan motosikal mereka dalam semak dan berjalan kaki kerana sebatang balak
 yang tumbang menghalang laluan ke lokasi khemah berkenaan.

Bagaimanapun, hajat mereka bertiga untuk melampiaskan nafsu terbantut apabila lokasi rahsia
 itu diserbu sekumpulan penduduk termasuk Ketua Kampung Kuala Rui kira-kira jam 10.15 malam
 kelmarin.

Empat pegawai Pejabat Agama Islam Gerik diketuai Mohd Ikbal Mohd Rosli dan dua anggota Rela
turut bergegas ke lokasi berkenaan pada jam 12.30 tengah malam semalam selepas dimaklumkan
penduduk.

Mohd Ikbal berkata, pihaknya terkejut selepas mendapati tempat itu begitu selesa kerana bukan saja
terletak di bawah rimbunan pokok buluh, malah juga mempunyai khemah yang dibina supaya terhalang
daripada pandangan umum dan hujan.

“Selain itu, sebuah tilam turut diletakkan dalam khemah berkenaan. Kami menemui banyak kondom baru
 dan lama di sekitar khemah berkenaan sebagai bukti mereka sering melakukan perbuatan tidak bermoral
 di situ.

“Bagaimanapun, ketika disoal siasat, mereka mengaku tidak sempat melakukan seks ketika serbuan itu,”
katanya.

Menurutnya, dua lelaki dan seorang gadis itu adalah dari luar kampung terbabit, manakala gadis
berkenaan bekerja di sebuah pusat ternakan ikan di Tasik Banding, dekat sini.

“Ketiga-tiganya turut mengaku mendirikan khemah sejak sebelum Ramadan lalu,” katanya.

Mukaddimmah

Maksiat ialah salah laku terhadap Allah. Ianya melanggar larangan Tuhan serta mengingkar suruhan Tuhan. Pelakunya haram serta berdosa. Ianya boleh mengakibatkan pelakunya masuk neraka. Justeru itu pelaku maksiat wajib segera bertaubat sebelum terlambat. Iaitu mati mendekat bertaubat tak sempat!

Oleh itu mari lah kita seluruh umat muslimin dan muslimat sama-sama mencegah maksiat sebelum melarat. Laporkan saja kepada pihak berwajib jika ternampak kelibat perlakuan maksiat walau dimana saja mereka berada. Baik siang atau malam, dalam gelap maupun terang.

Ente boleh juga emelkan `port-port` yang menjadi pilihan penggemar maksiat beserta gambar sekali agar pihak yang berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya...Emelkan maklumat tersebut kepada benterasmaksiat@gmail.com

 Cegahlah maksiat  walaupun hanya dalam hati!

AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR   betul ker arap2 ade yang perbetulkan